AL-QURAN NUR KARIM..........................



Surah AL-An'am :-

"Thus have we placed leaders in every town, it is Wiked men, to plot (and burrow) there in. But they only plot againt their own souls,and they perceive it not."
Ayat 123......

Sahabat-sahabat sekalian,....ayat diatas adalah mengenai siasah,pimpinan,serta pentadbiran,apa yang ingin diterangkan didalam ay
at ini adalah ingin menyedarkan sekalian manusia mengenai "Pemimpin yang berkuasa disetiap tempat"(Place Leaders),dalam ayat ini Allah S.w.t memberitahu bahawa adanya dijadikan pemimpin disetiap tempat itu adalah pemimpin yang jahat."It is wiked men"ini jika ditafsirkan ia membawa maksud pemimpin yang melakukan penipuan,penindasan serta kezaliman.Jadi jelas sekali apa yang disebut dalam ayat ini berlaku dalam realiti kehidupan kita ini.Dunia hari ini jelas sekali dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin yang zalim,apatah lagi kuasa besar dunia hari ini bukan dikuasai oleh islam tetapi barat yang menguasainya.Tidak kurang juga jika kita melihat skop pemimpin dimalaysia yang dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin yang disebut dalam surah ini,yang jelasnya melakukan pentadbiran yang zalim dan mungkar.Mengapa dipanggil Mungkar??? Mereka ini berkuasa memimpin dan berkuasa terhadap undang2 tetapi tidak ingin melaksanakan sistem pentadbiran serta perundangan Islam yang berasaskan Al-quran,sunnah serta sumber2 yang benar,apatah lagi pemimpin2 yang berkuasa itu adalh beragama islam dan mengaku Allah itu tuhan segalanya dan inilah yang dipanggil Mungkar.Walaubagaimanapun didalam ayat ini juga Allah memberitahu bahawa pemipin2 yang jahat ini hanya menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedar.
Apa yang boleh disimpulkan ialah umat2 islam mesti melaksanakan dan bekerja untuk menaikkan islam serta kepimpinan islam yang adil dan harmoni dan merampas kuasa daripada kemungkaran,inilah tuntutan gerakkan islam yang perlu sentiasa berjuang untuk islam kerana Allah S.w.t,serta menyambung perjuangan Rasullah S.a.w.........."Islam memimpin dunia"


[ Baca selanjutnya..... ]























"Hidup ini adalah perhentian yang sangat berharga......segala kesusahan,kesukaran hidup adalah kaca yang melukakan tetapi jika ia ditempuh dengan sabar dan mengharapkan keredhaan tuhan Ia akan menjadi permata yang sangat berharga,terkadang kita tidak menyedari permata yang sedang kita gengam tetapi itulah hadiah yang kita harapkan seketika kita dikembalikan bertemu dengan kehidupan selama-lamanya yakni akhirat............"


[ Baca selanjutnya..... ]





PROFILE

Catatan ringkas

about me;- lahirnya diriku drpd rahim ibuku yang bernama khairulniza dan tidak lain tidak bukan juga ialah daripada saluran ayahku khalid bin ismail,hakikatnya Allah yang menciptaku...pada 16/6/1990 lahirlah bayi yang comel dan diberi nama NAZIRUL al-FATHI, mendapat pendidikan pada awalnya di A.C.S.Methodis ,klang seterusnya melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfizul Alquran Walqiraat,di jeram dan kini berada dlm jurusan syariah di Kolej Universiti islam Antarabangsa Selangor.Menetap di Bandar Baru Puncak Alam,Selangor. Ayah berasal dari perak dan bertugas sebagai pengurus kewangan Petronas Dagangan Berhad,seorang ayah yang tersangat baik dan soleh,umi juga berasal dari perak merupakan seorang suri rumah yang solehah dan mempunyai malamat sama denganku...."matlamat hidup adalah mati sebagai ansorullah,dan sebagai seorang yang berada di maqam (kedudukan) orang soleh dan bertaubat.

KRONOLOGI TARBIAH DAN PENDIDIKAN:-

1 -Pendidikan rendah:-tadika islamiah Al-Huda

:-Sek.Keb,Teluk Pulai,Selangor

2-Pendidikan Menengah:-i:-Sek. Men. A.C.S.methodist,Klang

-ii:-Maahad Tahfizul Quran Walqiraat, Pusat Balai Dakwah Islamiah,jeram

3- Pengalaman Alam pekerjaan:-Guru disekolah rendah agama KAFA INTERGRASI dibawah penyeliaan JAIS

4- Kini:-menutut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) ,jabatan syariah.





[ Baca selanjutnya..... ]
Isnin, 27 Julai 2009

Perbezaan perjuangan Pas dan UMNO

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.


Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.


Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.


Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.


Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.


Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.


Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.


Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?


Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.


Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka


[ Baca selanjutnya..... ]


Ada pandangan mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia habis di dunia, itulah realitinya. Oleh kerana itu tidak timbul soal parti politik mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama, apa pandangan Dato? - MOHD MUNIR, menerusi e-mel

JAWAPAN: Tidak. Sama sekali tidak begitu. Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. Islam yang sebenar adalah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat.

Kedua-duanya berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang anda lakukan di dunia ini, akan diambil kira di akhirat.

Itulah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya): "Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja-kerja manusia di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat.


Kerja politik pun demikian juga. Ada politik baik dan ada politik jahat.

Kerja politik adalah kerja besar dan berat. Guna dan kesannya juga amat besar.

Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang dan malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik.

Dan, tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharaja lela dan tidak dibalas di akhirat.

Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat.

Jika politik yang mementingkan parti dan kroni, maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita.

Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjaran di akhirat.

Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementing diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatasusila dan undang-undang kemanusiaan yang wajib dipelihara.

Meskipun sudah ada penjelasan dalam media massa tentang Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan tidak berpisah antara urusan dunia dan akhirat, tiada pemisahan itu dalam Islam, namun kekeliruan masih ketara.

Saya cadangkan bagi mereka yang meragui tentang hakikat ini, merenung kembali kepada ikrar dalam solat kita hari-hari yang dibaca dalam doa iftitah (mafhumnya): "Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah, Tuhan sekelian alam."

Setiap kali solat kita membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tidak ada yang lain hanya semata-mata kerana Allah.

Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Meskipun urusan di dunia, tetapi hendaklah kerana Allah. Berpolitik melalui jalan yang diredai Allah.

Jika anda terbabit dengan politik yang menentang hukum Allah atau politik yang hendak dicapai itu bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ianya berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan sebagai khalifah Allah.

Oleh yang demikian, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang anda lakukan.

Penderhakaan terhadap Allah adalah suatu jenayah agama yang amat besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah-Nya seperti firman-Nya (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah, maka sesungguhnya dia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Jika sudah sesat maka Allah menyatakan lagi (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan di akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka di dalamnya buat selama-lamanya." (Surah al-Jin, ayat 23)

Oleh kerana itu, berpolitiklah dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut-ikut atau terpengaruh dengan pujukan ahli-ahli politik yang tidak berpendirian.
Anda ada panduan yang boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat, atau pun sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan di akhirat jika anda berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni. Wallahu a'lam.


[ Baca selanjutnya..... ]